Friday, October 7, 2011

G.E.M.O.K.

lama tak update, bz kot... back to back program, penat jugak...stress sket kadang2, tapi enjoy... pikir2 balik aku suka kot keje camni...

aku ingat keje ni leh wat aku kurus, bawak group masok utan kan... tapi.... apsal aku dah jadi cam GIANT skrg ni...mula2 xpasan, tapi bila tengok gambar, ishhhh....bio btol, gemoks giler OK!

pdnla aku cpt penat, haish... sauna ade kat umah malas wat... keje dah kat utan, senang nak jog n trekking pon malas gak...hmmm, nak kurus balik...camne ni...huhu

Sunday, September 18, 2011

Tired, exhausted...

lama dah x update, bersawang gak blog nih...blogwalking pon dh jrg buat, bz...huhu

perghh, 3 hari yang aku nervouskan dah berakhir...alhamdulillah, thanks to 2 org kwn sekerja yg dtg tlg dan buat kem tu mcm korang punya sendiri, aku sgt terharu n berterima kasih...alhamdulillah, tanpa bantuan Allah dan korang berdua ntah ape jadi dgn kem tu...

kem ni 3 hari je, xdela lama...pastu bkn dlm hutan btol2, xde kemah pon...dalam dorm, pon penat...nak tanggal kaki aku...adoyai...

itulah dia School Holiday Camp "Nature & Art", anjuran FRIM-MNS-SHELL Nature Education Centre selama 3 hr bermula jumaat lepas 16sept smpai la 18 sept, hr ni...

perghhhh, mmg letih beb...jgn ckp...mlm mula2 berkali2 terjaga, tempat baru...berkali2 pindah tempat tdo...kat dapo n kat dorm boys je aku xcuba..opis pon x cuba sbb kwn aku tdo dlm tu...huhu...

mlm kedua, hamek kau..mmg aku xbgn2...dr start tdo smp la 6 suku pg...baru jaga...letih x hengat....

bdk2 ni, bijak2 tapi nye xmo dgr ckp...lg bsr lg menjadi2, ade yg xreti ckp bhs melayu, malah fhm pon tak... memangla bagus sbb fluent giler english diorg, cuma xbest la...kan kite dok m'sia, recpect our country lor...at least belaja2 la sket...kan bagus kuasai byk bhs, bleh merangsang IQ kita...

xcaya, cuba...sbb kita akan aktif berfikir...huhu... 

pengajaran aku dpt dr kem ni, aku kena lebih cekap, lebih bersedia dan kena byk, byk, byk belaja n practice...


dh penat sgt ni, lenkali sambung...

kids tested the energy of the sun using solar kit.

gathering all the needed items while playing scavenger hunt.

ape la yg tekun sgt tu...hehe

yg menariknya, bebudak ni xmo balik, kalo bleh nk kem seminggu...haha, kwn aku ckp "kalo seminggu kakak will die"...hik hik...

adios....

Monday, May 9, 2011

baja organik...selamat dan segar...

assalamualaikum dan selamat hari isnin...

topik hari ni....GO GREEN! haha...

harap semua sihat... hari ni, mood untuk bekerja xde...cam ne ek... pagi2 berangkat dari kampung, jalan pon xberapa jam, lancar la jugak...tapi ada gak accident kat jalan b4 kuang tu, nampak viva dah kemek...langgo ape xtau...hmmmm, kat kampung nampak la berkarton2 baja organik yang dibawa oleh abang ipar kiter daripada rumah abah dia...

baja tu organik tau, xde chemical langsung...dibuat sendiri oleh abah abg ipar kiter...siap hari tu ade pakcik tu nape ntah, sakit ke ape ntah, minum sikit baja tu alhamdulillah...sihat die...tapi cite sahih nanti kiter tanya semual kat abang ipar kiter...

so, nak share la dgn kawan2 kat luar sana kalau ada hobby bercucuk-tanam, elokla...berbudi pada tanah... alang-alang byk sangat pencemaran, so eloklah kita menanam kan...menambah oksigen ke udara, kan bagus...

so, pada mereka yang suka menanam, tapi mengalami kesukaran untuk dapatkan baja organik...ringan2kanlah tangan hubungi kiter, comment je kat cni...ataupun boleh klik kat website abg ipar kiter tuh....www.belibaja.com 

boleh jugak contact die terus, Fadzli/Ah Fatt (019-368 3881)... ape2 nak tanya pon boleh... baja handmade ni, buatan org jawa lagik...hehe...

sehingga bertemu lagi...adios....salam....


Tuesday, March 22, 2011

ingin dapatkan zuriat? ~ustazah siti nor bahyah~


Melalui perkahwinan, manusia akan dapat mengembangkan keturunan dan memenuhi ketenteraman jiwa kerana perkahwinan yang harmoni dan sesuai menurut tuntutan Ilahi, dapat memenuhi tuntutan biologi. Malah tujuan perkahwinan juga adalah untuk mendapatkan zuriat melalui ikatan sah di sisi agama dan undang-undang. Namun, tidak semua pasangan suami isteri beroleh zuriat setelah berkahwin. Ada sesetengah pasangan perlu mengambil masa yang lama untuk memperoleh zuriat dan ada juga yang tidak mempunyai zuriat sehingga tua disebabkan perkara-perkara tertentu. Tetapi perlu diingat bahawa semua yang berlaku itu adalah dengan izin dan kehendak ALLAH s.w.t.
          
           Oleh yang demikian, mereka yang beriman dan percaya dengan ketentuanNYA akan redha dengan segala apa yang terjadi terhadap diri mereka. Akan tetapi itu tidak bermakna kita hanya perlu akur dan berserah dengan apa yang terjadi tanpa berusaha bersungguh-sungguh untuk memiliki zuriat. Dalam Islam terdapat tips atau amalan yang boleh diamalkan agar dipermudahkan mendapat zuriat yang baik dan soleh.
           
           Pertama, bersangka baik dengan ALLAH s.w.t. serta berdoa dengan membaca ayat 38, surah Ali-Imran yang bermaksud: “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa.” Al-Imam Al-Samarqandi meriwayatkan bahawa Nabi Zakaria a.s pernah merasakan baginda tidak akan mendapat zuriat sehinggalah baginda melihat anugerah ALLAH s.w.t. Maka baginda meyakini bahawa ALLAH berkuasa mengurniakan baginya anak. Tambahan pula, baginda memegang amanah menjaga kunci rumah Qurban yang diwarisi turun-temurun. Keturunan dalam ayat ini bermaksud anak yang sihat sejahtera dan berakhlak.
           
       Kedua, bersangka baik dengan ALLAH s.w.t serta berdoa dengan ayat 89, surah al-Anbiya yang bermaksud: “Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkau jua sebaik-baik yang mewarisi.” Ayat ini juga berkenaan dengan kisah Nabi Zakaria a.s. untuk memperoleh anak yang baik bagi menyambung zuriatnya.Amalkan membaca doa ini bersama doa dalam surah Ali-Imran tadi untuk mendapat zuriat. Selain itu berikhtiarlah dengan perkara-perkara yang dibenarkan syarak. Pasangan suami isteri juga dinasihatkan supaya memperbanyakkan sedekah, puasa sunat dan qiamullail untuk mendapat anugerah ALLAH s.w.t. yang hebat ini.
     
         Bagi ibu yang mengandung, persediaan rohani dan adab penting semasa mengandung bagi menentukan tingkah laku anak yang bakal dilahirkan samada baik atau sebaliknya. Untuk mendapat anak yang baik dan soleh, terdapat amalan yang patut diamalkan oleh kedua-dua ibu bapa anak itu sendiri, iaitu:

1. Memperbanyakkan taubat dan istighfar. Ibu bapa yang banyak melakukan taubat dan istighfar, ALLAH s.w.t. sentiasa mengasihi dan merahmati kedua-duanya dan juga segala isi dalam rumahtangga termasuk anak dalam kandungan. 

2. Berpuasa sunat. Khusus untuk suami, banyak berpuasa sunat atau sekurang-kurangnya semingu dua kali atau sehari pada hari Isnin dan Khamis atau salah satu daripada hari-hari berkenaan atau pada hari-hari putih (13, 14 dan 15 bulan Hijrah). Perlu diingatkan, amalan puasa sunat cuma digalakkan dilakukan oleh suami atau bapa (bagi anak) sahaja seperti mana dilakukan oleh Nabi Zakaria a.s. Bagi ibu, sekiranya tidak memberi kesan kepada kesihatan bayi dalam kandungan bolehlah diamalkan.

3. Tidak bercakap yang sia-sia. Ketika isteri sedang mengandung, suami seboleh-bolehnya tidak bercakap yang sia-sia, lebih-lebih lagi yang boleh mendatangkan dosa seperti mengumpat, menfitnah dan sebagainya. Sebaliknya, basahilah lidah dengan berzikir dan bertahmid atau bercakap yang mendatangkan faedah.

4. Banyak berdoa. Sentiasa berdoa agar ALLAH s.w.t. mengurniakan anak yang soleh atau solehah. Sekurang-kurangnya setiap lepas sembahyang, bacalah doa khusus bagi ibu yang sedang mengandung.

5. Banyak membaca al-Quran. Secara umumnya, elok membaca al-Quran dengan semua surah, tetapi di sini ustazah mengkhususkan surah-surah yang dibaca serta kesannya.

* Surah al-Fatihah – Untuk menerangkan hati dan menguatkan daya ingatan.
*Surah Maryam – Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.
*Surah Luqman – Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa.
*Surah Yusuf – Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak.S
*Surah Hujurat – Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati
*Surah Yaasin – untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak   kepada maksiat.
*Surah Taubah – Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat.
*Surah an-Nahl – Untuk melahirkan anak yang berdisiplin.

Amalan-amalan untuk memperolehi zuriat

Setelah berusaha dengan perubatan moden dan kampung untuk memperoleh zuriat bahkan telah berdoa kepada Allah, namun belum memperoleh zuriat, maka kita dituntut supaya banyak bersabar dan jangan dalam keadaan tertekan. Perasaan yang tidak stabil akan mengganggu keadaan dalam diri anda dan ini akan menyukarkan lagi bagi anda berdua untuk memperolehi zuriat.

Di dalam berdoa kita disuruh menaruh harapan seratus peratus kepada Allah dan yakin bahawa Allah berkuasa untuk mengabulkan doa kita tersebut. Yang paling penting awali doa dengan pujian kepada Allah dan selawat kepada Rasulullah SAW begitu juga dalam menutup doa.
Mungkin anda semua boleh mencuba amalan di bawah ini, semoga Allah memberikan jalan penyelesaian yang terbaik untuk anda dalam penantian untuk mendapatkan zuriat.

Amalan pertama.

Selepas Fajar ataupun Solat Subuh
- Baca Bismillah 1 kali
- Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali.
- Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali
- Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan. (Umpamanya: “Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat)
- Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali.
Amalkanlah cara ini baik suami ataupun isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan merasa putus asa. Sebab Allah tidak suka terhadap orang yang suka berputus asa.

Amalan kedua.

-Suami hendaklah membaca “Ya Mutakabbir” (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan ) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak.
-Isteri hendaklah membaca “Ya Awwal” (Yang tiada permulaan adaNya) 333 Kali setiap hari.
-Isteri hendaklah membaca setiap hari “Ya Zaljalaali Wal Ikram” 11 kali kemudian tiup di dalam air dan air tersebut diminum.
-Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf / surah Maryam setiap hari.
Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripada-Nya.
semoga beroleh manfaat dan dimudahkan memperoleh zuriat.




Wednesday, March 9, 2011

First Trial a.k.a. Percubaan Pertama...

Assalamualaikum dan salam selamat untuk semua...


Semoga semua sihat2 aje, musim panas ni...sebab saya sendiri pun tak berapa nak sihat sangat... sihat la jugak, tapi bermusim...macam angin kus-kus, jap sihat...jap selsema, jap demam, jap migrain, jap sakit sendi....jap sihat walafiat...sekarang ni musim demam berpanjangan, tak kira baik yang dewasa, mahupun kanak-kanak... so jagalah kesihatan anda, anak-anak anda dan orang di sekeliling anda....


tengok kat tajuk tu cam nama album aizat pulak, xde kena mengena ye...saje nak cuba buat blog guna blogspot nih...biasa guna multiply, tapi saje nak berubah angin... hmmmm....balik pada soal kesihatan... pada yang ada anak kecik, budak-budak ni sensitif...kena habuk pun boleh selsema... mana yang masih agak ke"baby"an tu, elakkan ajar mereka minum air yang berais... ais ni untuk org dewasa pun x elok, apatah lagi kanak-kanak... memanglah bila musim panas ni dapat ais sedap, tapi x elok...lemah badan, apatah lagi untuk kanak-kanak...


hmmmm.....get ready payung kot-kot kalau hujan...mana yang breastfeed anak, bukan baby je kena payungkan, maknye pun kena payung...x boleh kena hujan...orang tua yg pesan, mesti ada rasionalnya kan... selain payung, cap ataupun shawl mungkin juga berguna untuk tutup kepala diorang just in case kalau dah emergency tetiba gerimis atau hujan renyai2...


rasanya dah melencong daripada tajuk asal tu...hehe....cukup setakat ni....ade rezeki, ade masa, sambung lagi... sama2 berkongsi rasa dan luahan... life is short, so xmo sedih2....


take it easy n smile!!!

NASYID ARAB KANAK-KANAK